BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 21

Assalamualaikum

Salam sejahtera para penghuni planet Bumi sekalian.....
jadi selamat datang ke alam blog buat empunya diri yang bernama muhammad basir ini
sebenarnya tiada apa-apa untuk ditulis di blog ini......
kemasukanku kedalam alam blog ini juga hanya kerana desakan kebosanan yang melampau di alam percutian
penghujung tahun 2010 yang penuh peristiwa indah dan duka ini....

sebenarnya bila ditanya 'adakah patut aku memulakan blog???'
byk komen-komen negatif yang dapat...tidak kurang juga sokongan daripada rakan-rakan
aku faham...bila kite dah khusyuk sangat dengan hal 'blogging'ni kite kekadang akan buang masa sendiri
aku faham...hal-hal 'blogging' ni hanya sekarang kita semangat menulis dan terus menulis...
aku faham...kekadang bile dah khusyuk menulis dalam blog kita...ada yang terasa dengan apa yang kita tulis...
tapi...
kita sebagai manusia...semestinya kita faham banyak kekurangan dalam diri setiap seorang dari kita.....
dan....daripada kita duduk termenung memikirkan khayalan kita yang tak akan terjadi macam nak bertukar jadi 'ultraman' tu....baik kita buatlah kerja-kerja berfaedah....dah tahu kita ni minat layari internet....menaip dalam blog ni okey juga....boleh kita kongsi pengalaman indah pahit kita dengan orang lain....
jadi...
dipermulaan aku sebagai 'blogger' ini....rasanya baik aku mulakan dengan memperkenalkan diri aku sendiri...
kiranya macam 'ice breaking' lah katakan....
empunya blog ni namanya muhammad basir...tahun ni dah mencapai umur 17 tahun....
apa maknanya???maknanya baru menghabiskan peperiksaan SPM lah...
seorang yang kurang pandai berkomunikasi atau berkata-kata....bab kata orang 'xdop modal'
tapi seorang yang suka berkawan...sikit-sikit dah la pengenalan tersebut....nak tahu lebih banyak tanya la tuan punya badan sendiri....
meminati banyak perkara yang ada didalam dunia ini...tetapi...sekarang ini...minatku lebih kepada dunia FOTOGRAFI....
kenapa aku meminati bidang ini???
ianya bermula di awal tahun 2010 ini...sejak aku berkenalan dengan sahabat baruku yang bernama Faez Ezanee....beliau ini sudah dikira sebagai seorang fotografer bertahap yang tinggi lah bagiku...kemudian....beliaulah yang mengajar aku menggunakan kamera nikon dslr D90...disinilah tercetusnya minatku dalam bidang fotografi apabila aku 'shot' gambar orang-orang disekelilingku dimana terpancar wajah-wajah ceria mereka didalam gambar tersebut.....terdapat kata-kata mengatakan "A PICTURE IS A POEM WITHOUT WORD"....ya!!aku meyakini kata-kata ini....senyuman mereka tidak akan pudar didalam sebuah gambar....melalui gambar juga kenangan kita dapat diabadikan....cuba kamu lihat semula gambar-gambar koleksi kamu...peristiwa tersebut tidak dapat diulangi semula....kekadang kita akan tersenyum kembali apabila melihat foto-foto yang telah diambil pada masa yang telah pun berlalu....kita pun terfikir alangkah indahnya jika peristiwa tersebut berputar kembali...namun masa tetap bergerak kedepan dan tidak akan berpaling ke belakang....jadi aku berminat dengan bidang fotografi ini kerana gambar itu sendiri.......

I like photographs which leave something to the imagination.
-Fay Godwin


cerita kisah anggapan aku terhadap seorang fotografer sebelum aku meminati bidang ini....
dulu aku terfikir....kenapalah fotografer ni nak ambik gambar tengah-tengah bandar yang sesak ni...
kekadang sampai berdiri tengah-tengah jalanlah....galas kamera tu kesana-kemari....
rupa-rupanya bila dah alami sendiri barulah kita boleh memahami jiwa sebenar seorang fotografer itu yang mencari kepuasan tentang nilai sekeping gambar....

I just love the world of photography.
-Brooke Burke


cukuplah setakat ini dahulu coretan aku sebagai permulaan.....


                                   


                                          edited by : naim zailan

1 comments:

Anonymous said...

wow ! jiwang gler ayat , (: cair ohh . haha